Mula-mula book tiket tren Senandung Langkawi straight to Hatyai (berhenti kejap di Padang Besar untuk cop pasport) RM400 return untuk 5 orang. 2nd class sahaja sebab tempat tidur kehabisan sehingga Januari 2014. Huhu...Ni semua gara-gara menunggu jawapan geng rombongan dari JB yang lambat bagi keputusan nak ikut ke tak. (Mesti nak petik nama orang jugak yang salah kan) Kuikuikui....
Tiket dewasa RM96 return x 3 = RM288
Tiket kanak-kanak RM56 return x 2 = RM112 Total RM400
Lepas tu booking hotel melalui Agoda.com. 2 malam harga RM141.00. Maknanya satu malam cuma RM70.50. Bilik memang puashati, siap ada bath tub tempat anak-anak berendam. Seronok sangat dorang. Hotel ni tak jauh sangat dari Stesen tren. Boleh jalan kaki je dalam 5-10 minit. Tapi masa sampai dah letih dan nak cepat sampai hotel saya naik tuktuk aje RM5 tapi free jugak sebab kami ambik servis dia untuk jalan sekitar Hatyai dan Songkhla.
Hotel Hatyai Central 3 hari 2 malam RM141.00
Sampai hotel terus mandi, siap nak jalan sekitar Songkhla dulu untuk hari pertama. Dah janji dengan Sa driver tuktuk tu jam 1pm depan hotel dengan bayaran RM120. Bayar bila dah siap berjalan. Ada jugak tuktuk lain offer RM150. Mula-mula dia bawak kami makan di Restoran Chekkar. Saya makan tenggiri masak chekkar, kangkung belacan, telur dadar, nasi 4, jus tembikai 2, milo ais 2, teh o ais 1 RM67.00. Makanan okla jugak sedap dan paling penting kenyang.
Mula-mula stop kat Chang Puak Camp iaitu tempat gajah. Boleh naik gajah dengan bayaran RM50, bagi makan gajah kena beli sebakul pisang RM10. Seronok jugak sebab kat tempat kita mana ada macam ni kecuali zoo lah kot tapi pun tak penah naik.
Naik gajah RM50 x 3 dewasa = RM150
Naik Gajah RM25 x 2 kanak-kanak = RM50 Total RM200.00
Lepas tu teruskan perjalanan ke area Songkhla. Mula-mula pegi Akuarium. Best sangat dapat tengok show dorang. Berbaloi dengan harga tiket. Turtle pakai baju. Menari dengan jerung dan aksi-aksi ikan lain. Memang terpegun sekejap. Tempat ni lebih kurang sama dengan Aquaria KLCC.
Tiket RM40 x 3 dewasa = RM120
Tiket RM30 x 1 Kanak-kanak = RM30 Total RM150.00
Iris FOC
Lepas tu ke Samila Beach. Turun je tuktuk dorang dah panggil-panggil kita naik kuda. Bagi anak-anak jelah naik kuda keliling pantai. Acara wajib kat sini tentulah bergambar kat Statue of Mermaid. Klik, klik, klik....
Lpeas tu Sa tu bawak kita orang keliling Songkhla, naik feri menyeberang ke bandar Hatyai. Sangat jauh. Kami dah pelik jugak tak kanlah nak ke floating market jauh sangat. Rupanya dia saja nak bagi kami rasa naik feri. Tambang feri dia bayar.
Lepas tu sampailah tempat wajib jugak kalau ke Hatyai iaitu Floating Market. Kami sampai dah malam. Tapi orang memang ramai. Apa yang saya boleh cakap memang best sangaaattt tempat ni. Rugilah sape tak datang. Esoknya pun saya berulang tempat ni. Makanan semua best. Rambang mata sekejap. Bahagian atas tu ada bazar macam uptown. Banyak jual baju, makanan pun ada. Kat tempat parking tuktuk pun ada pasar malam jugak. Kiranya kita akan lalu pasar malam ni dulu baru ke floating market. Dah kenyang makan n minum kami pun berjalan menuju ke tuktuk. Lalu pasar malam sekali lagi.
Lepas tu Sa bawak kami ke pasar malam Kim Yong pulak. Ni macam lebih kurang uptown la. Tapi barang-barang dia best sangat. Setiap kedai tu berbeza jenis barangan dan paling penting tersangat murah. Apa yang saya perasan kat Hatyai ni harga makanan agak mahal tapi harga barang jauh lebih murah. Kat pasar ni saya tak beli apa pun. Jay dengan anak buahnya beli t-shirt Hatyai dengan kemeja. Saya lebih kepada mencuci mata jelah. Lepas tu terus balik hotel, rehat. Badan pun dah penat seharian berjalan. Balik hotel mandi, terus tidur sampai esoknya.
Sini subuh jam 5 pagi macam Sabah. Kul 6 lebih tu dah cerah. Memang tak bolehlah nak tidur sampai tengah hari. Tapi pun tak boleh nak keluar sebab hujan. Kami cuma sarapan dengan sisa bekal yang saya bawak. Ada oreo, twisties, pringles. Semua habis pagi tu. Patutnya saya dah pesan kat Jay bawa megi tapi dia lupa pulak.
Hujan dah reda dalam jam 11 pagi. Kami semua pun dah siap. Terus keluar jalan-jalan. Mula-mula tukar duit dulu sebab duit yang bawak dari rumah dah kehabisan. Rate lebih kurang je. Ada beza dalam sen-sen aje. Dah tukar duit, teruskan perjalanan. Kami jalan kaki aje nak lihat kawasan sekeliling. Jalan dalam lima minit jumpa Sulaiman Restaurant. Perut pun dah lapar. Terusla duduk dan order makanan. Kali ni nak try Tomyam Thailand pulak. Saya order tomyam 2 orang makan, telur dadar 2 orang makan, nasi 4, kerabu sotong 2 orang makan, milo ais 2, teh o ais 3 RM65.00. Agak mahal tapi puas hati sebab sedap. Perut pun dah kenyang. Jom teruskan jalan-jalan.
Singgah Robinson. Robinson ni sama macam shopping complex kat KL. Semua barang berjenama ada dalam ni. Tak masuk pun tak apalah sebab kat KL pun ada tapi bagi yang nak shopping silakan. Harga saya tengok lebih kurang je.
Dah letih jalan kaki, Jay call Sa minta dia pulak bawak kami sekeliling Hatyai City. Hari ni dia bawak kami ke Municipal Park. Sini banyak temple Buddha. Kami naik cable car, lawat kawasan sekitar. Lepas tu turun semula pergi Ice Dome. Sebelum pergi Ice Dome kami jalan-jalan taman tu dulu. Naik bot yang kayuh tu. Best jugak. Cuma RM4.00 satu bot kayuhla sampai bosan. Hehehe.
Kebetulan kat taman ni ada pesta lantern. Cantik-cantik hiasan yang dorang bina. Tapi datang siang tak nampakla kerlipan lampu-lampu. Dapat tengok hiasan lampu tu aje. Ada Ultraman, Minion, dragon, replika bangunan-bangunan terkenal seluruh dunia macam Eiffle Tower, Taj Mahal dan banyak lagi.
Lepas tu jalan sikit lagi jumpa Ice Dome. Saya dan Jay tak masuk pun sebab tempat ni sama macam iCity. Kita bagi anak-anak je masuk. Dalam setengah jam dah siap dorang. Kesejukan. Tak boleh lama-lama.
Tiket 1 dewasa x RM30
Tiket 2 kanak-kanak RM50 Total RM80.00
Lepas tu Sa ajak ke floating market lagi. Sebab semalam datang malam, tak nampak sangat sekitar. Hari ni kita pergi siang. Rupanya hari Sabtu lagi penuh orang. Bersesak-sesak macam tengah ada acara makan free. Lagi meriah la. Kali ni saya sempat pusing seluruh kawasan sekitar floating market. Banyak jugak jualan. Seronokla cuci mata. Dah puas jalan-jalan dan makan-makan sampai tak larat nak bangun dah, kami pun balik. Sa ajak pulak ke night market. Pusing-pusing lagi. Kali ni pun dapat jalan-jalan seluruh night market sebab tak penat macam malam sebelumnya. Nak jalan pun malas. Masa ni orang belum ramai sebab kami sampai awal. So, dapatla jalan-jalan secara santai menikmati barang jualan. Terapi mata ni namanya.
Dah pusing seluruh pasar kita pun balik ke hotel. Nak mandi segala, segarkan badan sebab malam ni dah plan nak jalan area Lee Garden. Kul 10 gitu baru keluar lepas rehat sekejap atas katil. Ikutkan memang nak lena terus tapi fikirkan bila lagi nak pergi. Entah sampai lagi entah tak lepas ni kan. So, gagahkan diri jugak jejakkan kaki ke area Lee Garden.
Jalan kaki dalam 5 minit dah sampai. Dari jauh dah nampak kemeriahan Lee Garden. Patutlah ramai orang nak duduk hotel ni. Memang centre of attraction la hotel ni. Hotel bersebelahan dengan shopping complex, malamnya pulak penuh dengan hawkers jual food sedap-sedap. Memang seronok. Rambang mata pilih food. Saya makan pulut ayam RM9.00. Memang sedap. Yang lelain makan nasi lemak RM4.50 sebungkus tapi tak cukup sebungkus sorang. Semua makan 2 bungkus sorang. Tak lupa jugak saya cuba laicikang. Memang terbaiklah. Waktu tulis story ni pun rasa nak pergi makan lagi. Hehehe...
Dah kenyang semua, kita jalan-jalan lagi. Rupanya area situ memang penuh dengan tempat jualan. Tempat jual kekacang gajus, sotong keirng bergula tu, kismis, segala macam la semua ada. Pilih je nak apa. Lepas tu ada Lady Pink market tapi sama je macam pasar malam Kim Yong. So, kami just tengok-tengok aje. Malas nak bersesak lagi pun. Tempat urut pun semua full house. Memang hebat. Kebanyakan muka rakyat Malaysia je.
Situ jugakla tmepat kami beli udang galah. Ada pulut mangga, durian pun ada. Smepatla tapau udang galah goreng dengan tiram goreng salut telur bawak balik hotel. Sambung makan lagi. Terus tidur. Agaknya bagi duduk seminggu kat Hatyai mau naik 10 kg. Huhuhu.
Esoknya pepagi dah bangun. Kemas apa yang patut. Sebab hari ni last day kat Hatyai. Walaupun seronok kat sini tapi tetap ingat rumahku syurgaku. :) Tren jam 4 petang. So, ada sikit masa lagilah nak pusing-pusing dan beli apa yang patut. Pagi tu kami just breakfast jajan dengan oren jus. 1 oren jus macam saiz peelfresh besar tu dan 2 keropok macam Twisties saiz besar RM16.00. Dah kemas semua terus jalan kaki ke stesen tren. Mula-mula call jugak Sa suh datang ambik tpai dia busy. Malas pulak nak ambik tuktuk lain. Pergi stesen tren nak letak beg dulu. Tak akan nak bawak kehulu hilir. Berat. Tak larat la. Letak 4 bijik beg kena caj RM9.00. Okla tu daripada kena usung tiap masa. Lepas letak beg terus jalan semula cari tempat makan. Kali ni kami makan kat Mustafa Restaurant. Dekat area Lee Garden. Sebelum tu sempat tukar lagi duit sebab dah kehabisan di area Lee Garden malam tadi. Kerja asik tukar duit je. Gitulah gaya orang cuti bajet. Tapi dalam cuti bajet pun habis jugak ribu-riban. Nasib baik memang standby duit RM. Kalau tak kebulurla kami kat sana.
Last day ni kami makan simple je janji kenyang. Order nasi goreng ayam 3, nasi biasa 1 dengan telur dadar 2 orang makan. Teh o ais 3, milo ais 1 tapi di atak hantar pun milo ais. Kena RM30.00.
Lepas tu pergi semula kat tempat sotong kering tu beli bawak balik untuk sedara-mara dan kawan-kawan. Habiskan duit baht yang ada. Akhirnya adalah 60baht untuk buat kenangan. Biasa memang aku akan simpan buat kenangan. Kononnya nak letak dalam album tapi gambar percutian tu pun tak dicuci mana pulak datang album.
Nak habiskan waktu sementara tunggu tren kami jalan-jalan shopping complex nak sejukkan badan. Singgah Mister Donut makan donut macam Big Apple tuh. Order chocolate drink sekali. Jalan-jalan sampai tingkat atas. Rupanya atas sekali tu best pulak. Ada macam pasar jualan kraftangan. Semua produk dorang buat sendiri. Best cuci mata. Beli lah jugak souvenir untuk diri sendiri.
Masa nak naik tren pun dah tiba. Terus jalan kaki ke stesen tren. Tren pun dah ada menunggu. Jom lah kita pulang ke pangkal jalan :)
Alhamdulillah sekali lagi berpeluang melawat negara orang walaupun takde oversea sangatttt kannnn...apa pun saya tetap bersyukur.

No comments:
Post a Comment