Wednesday, 1 October 2014

Paprik Seafood


Siaran ulangan. Lama dah tak buat paprik. Asyik ulang menu sama je. Sesekali kita try menu lain. Saya guna resepi DayangJack yang dah lama menyepi dari blog. Tak tahulah ke mana menghilangnya kak Dayang kita. Banyak resepi sedap-sedap dari Kak Dayang yang saya dah cuba. Salah satunya paprik ni. Memang sedap. Nak buat pun senang. Saya kan memang akan try resepi yang senang je. Hehehe. Kali ni carrot tu saya buat bentuk mickey. Laju la anak-anak makan.

Resepi Paprik Campur
by : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam atau daging rebus (saya guna udang)
1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sedikit kicap manis/masin
sedikit sayur campur (karot, kacang panjang, bunga kobis, jagung muda dll)
garam dan gula secukup rasa
4-5 biji cili padi (diketuk)
Cara-cara :
Goreng udang, sotong dan isi ayam/daging hingga 3/4masak. Kemudian, toskan.
Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan tadi, tumis bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Kacau sebati. 
Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua sayur campur, bawang, daun limau purut, cili padi, dan bahan-bahan selebihnya. Gaul-gaulkan hingga sayur hampir masak.
Akhir sekali masukkan udang, sotong dan isi ayam/daging tadi. Kacau sebati hingga masak.
Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.



No comments: