Thursday, 25 September 2014

Ayam Perap Masak Kicap



Dekat sebulan dah simpan resepi ni. Asyik lupa nak try. Jadi semalam dah takde idea nak masak apa terus teringat resepi ni. Balik rumah dari ofis terus perapkan. Dalam dua jam lepas Maghrib tu terus masak. Senang jugak buatnya dan yang penting memang sedap. Ayam ni lembut sebab takyah goreng dulu. Selalu ayam kicap kita goreng dulu, jadi ada bahagian ayam yang jadi keras terutama bahagian isi. 

Next time nak perap lebih lama, mesti lagi sedap. Yummyy!!

Sedang diperap. Masukkan dalam peti ais


AYAM PERAP MASAK KICAP
Resepi : Kak Fida@MyResepi.com
sumber : Mas & K.Nor


Bahan A :
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa

Bahan B :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang - potong baji dan goreng
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
sedikit daun sop,daun bawang - dihiris

Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

No comments: