Friday, 12 September 2014

JJCM: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Tempat mendaftar
 Ini kejadian beberapa bulan yang lalu. Baru ingat nak update. Biasalah kan blogger yang tak berapa macam blogger. Ginilah rupanya. Ikut sukahati sendiri. Hehehe

Ini merupakan kali kedua saya melawat Cik Gajah kat Kuala Gandah. Kebetulan ada kursus di Bukit Tinggi. Jay datang jemput waktu balik dengan anak-anak. Jadi kita teruskan perjalanan JJCM kita. Dari Bukit Tinggi dalam sejam jugak nak sampai Kuala Gandah. Dulu saya datang sini sebab ada kenduri di Temerloh. Masa tu hari Ahad. Takde aktiviti bersama cik gajah. Tapi waktu lawatan kedua ni saya pergi hari Jumaat. Kebetulan nasib memang baik hari Jumaat ialah hari beraktiviti bersama cik gajah. Langkah kanan sungguh lah kan.

Sampai sana je dalam jam 2.00 petang. Sedang elok habis solat Jumaat. Terus daftar di pejabat untuk beraktiviti bersama cik gajah. Ada aktiviti mandi-manda. Yang ni kena bayar RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Lepas tu dorang ada caj RM10 kalau tak silap saya untuk tour guide. Memang dorang bersama dengan kita dari mula cik gajah keluar sampailah habis. Kalau yang tak mandi tak yah bayar pun. Boleh je tengok aktiviti cik gajah. Lepas dah daftar semua, teruslah jalan ke tempat cik gajah. Tapi masa tu cik gajah belum keluar lagi. Kandang dorang jauh dalam hutan. Dalam setengah jam dorang berjalan keluar ke tempat kita menunggu. Tempat menunggu ni cantik, bersih dan nyaman. Memang selesa la. Banyak pondok menunggu ada tempat duduk semua. Ada pondok yang jual souvenir dan tebu untuk kita bagi makan cik gajah. Kat sini pun ada tempat cik gajah macam dekat zoo tu tapi tak banyak sangat sebab selebihnya ada tinggal kat kandang di hutan.

Cik gajah yang ada di Kuala Gandah ni sebenarnya gajah-gajah yang diselamatkan oleh Perhilitan. Ada yang takde kaki sebelah pun ada, ada yang tak ada ekor kena baham pak rimau. Jadi Perhilitan ambik dan bela dorang di sini. Sambil tu bina tempat ni untuk tunjukkan pada kita dengan lebih dekat lagi kehidupan cik gajah.

Sambil tengok-tengok tu cik gajah n the geng pun keluar. Dari jauh dah nampak dorang berjalan segerombolan adalah dalam 10 ekor gitu. Semua ada nama tapi saya dah lupa nama apa. Tour guide saya tu perempuan. Baik. Banyaklah dia terangkan pasal Kuala Gandah ni. Dia tolong snap pic kami, tolong simpan beg. Memang bertugas sebagai tour guide. Tak sia-sialah dikenakan bayaran kan. Heheh.

Lepas tu cik gajah n the geng terus masuk dalam sungai. Dorang mandi beramai-ramai. Kita boleh tengok je dan snap gambar. Masa saya pergi ni ada pelantar macam jeti sedang dibina. Mungkin sekarang dah siap. Senangla lepas ni nak tengok cik gajah mandi. Tiap-tiap cik gajah ni ada penjaga dia sendiri. Penjaga ni semua memang orang tempatan. Sebelum ni dorang minta bantuan dari Thailand untuk melatih cik gajah kat sini tapi sebab latihan agak zalim pihak Kuala Gandah melatih sendiri. Itu apa yang tour guide ceritalah.



Lepas dah mandi semua cik gajah naik atas dan buat persembahan. Memang bijak cik gajah ni semua. Macam-macam aksi dorang leh buat. Suruh tidur, pandai, suh angkat kaki sebelah pandai, panggil nama pun dia tahu. Memang seronok tengok keletah cik gajah. Lepas tu kita boleh bagi makan cik gajah. Pihak Kuala Gandah sediakan betik dalam bakul. Kita boleh ambik dan bagi cik gajah makan. Berebut-rebut kami ambik betik dan suapkan cik gajah.

Ramai orang 
Lepas dah habis semua betik dorang pun buat announcement bagi siapa yang dah book untuk mandi-manda dengan cik gajah boleh beratur di tempat yang disediakan. Teruslah beratur. Yang mandi dengan kita ni anak gajah sahaja ye. Sebab dulu ada kejadian mandi dengan mak gajah lepas tu mak gajah tu baring dan terhempap anak pelawat tu patah tulang. So, lepas pada tu pihak sana terus batalkan aktiviti mandi dengan mak gajah. Hanya mandi dengan anak gajah untuk keselamatan. Tapi mandi dengan anak gajah pun best jugak sebab dorang memang bagi kita sefamily sahaja mandi dan snap gambar bersama dengan tour guide. Tak delah berebut-rebut nak gosok gajah tu kan. Dah siap gosok gajah, dah bergambar puas-puas bolehlah naik atas dan tukar baju. Toilet pun bersih.

Sabar menanti nak mandi dengan cik gajah

Beratur ye

Gosok jangan tak gosok, gosok sampai berkilat itu cik gajah
Memang seronok sekali-sekala buat aktiviti yang jarang sangat dapat kita buat kan. Dah dapat peluang macam ni jangan lepaskan. Khazanah alam ciptaan Allah SWT.

No comments: