Monday, 6 July 2015

Puding Sumi



Ini kejadian puasa pertama. Abang sibuk ajak masak-masak. Lama dah simpan resepi ni. Asik tertangguh je. Jomlah kita buat. Tapi kejadian tak berapa nak menjadi rupa parasnya sebab sumi dah bertempiaran lari bila puding dituang. Rasanya sedap. Next time kena masukkan sumi lama sikit dalam peti ais sebelum tuangkan puding. Thanks pada yang share resepi. 


Bahan-Bahan:-
10 gm  serbuk agar-agar  (yang tak berwarna)
200 gm gula pasir
1 liter air
2 helai daun pandan, dicarik dan disimpul
4 sudu besar tepung kastard*
1 tin susu cair*(bhn bertanda *disatukan)
1 bungkus jelly sumi atau secukupnya
sedikit esen vanila
pewarna jika suka


Cara- Caranya

1. Buka setiap sumi dan toskan airnya. Susun sumi ke dalam acuan. Simpan ke dalam peti sejuk beku dahulu.

2. Dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan. Bukak api, masak sampai agar-agar dan gula hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.

3. Masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan susu cair ke dalam bancuhan agar-agar tadi.

4. Dah mendidih, tutup api, biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas acuan yang berisi sumi.

5. Kalau nak berwarna, tuangkan sedikit pewarna ke dalam bancuhan dan tuang ke dalam loyang.

6. Biarkan suam sedikit sebelum disimpan dalam peti selama 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.

**Bila nak lapis adunan puding, biarkan beku sedikit, kelar2kan sikit permukaan barulah tuangkan adunan yg seterusnya supaya puding melekat cantik. 

No comments: