Thursday, 14 January 2016

Pergi JB Naik Keretapi Lebih Murah

Kali ni nak share cerita pasal jalan-jalan pulak. Kejadian berlaku masa Deepavali 2015. Lambat benar dapat update. Biasalah kan saya bukan pemblogger tegar. Hanya sekadar jadikan sedikit panduan dan kenangan untuk rujukan kemudian hari.

Mula-mula nak naik bas ke JB. Google punya google terjumpa pulak website www.easybook.com. Macam best je kan. Klik sana klik sini laaa jauh lebih murah rupanya naik tren ni. Bayangkan RM35-RM45 harga tiket bas tapi tiket tren dewasa hanya RM18 je tau. 50% tu...Untuk kanak-kanak pulak RM11. Kan ke jimat banyak tu. Tapi waktu untuk tiket murah ni hanya 4.30am. Sampai JB dalam jam 12 tengah hari.

Keadaan kelas ekonomi
Saya ambik kelas ekonomi je tapi selesa jugak. Bawak anak dua orang. Naik tren ni kat KLSentral. Abah hantar sampai KLSentral. 4.15 macam tu saya sampai. Terus pergi tempat menunggu. Kejap je dah ada trennya. Terus naik. Tepat pada masa dah jalan. Kejap tu semua pun tidur. Bila dah Subuh terus kejutkan abang untuk solat. Kebetulan pulak koc saya tu ada surau. Jadi tak perlu pergi jauh. Toilet pun bersih. Telekung, sejadah pun ada disediakan. Tapi saya memang ada bawak sendiri telekung. Cuma surau ni kita kena share lelaki dan perempuan. Jadi pandai-pandailah sesuaikan diri. Saya tunggu sampai lelaki dah siap solat baru saya masuk surau tu.

Surau KTMB 
Tempat berwudhu berhadapan Surau
Lepas solat subuh kami sambung tidur balik. Kalau tidur takdela terasa lama perjalanan tu kan. Powerbank jangan lupa bawak ye. Nanti habis bateri henfon susah pulak nak berhubung. Bila dah siang tu dalam jam 8am dah tak boleh nak tidur sangat sebab dah cerah. Panas tu takdelah sebab kita boleh tutup tingkap tu dengan bidai yang disediakan. Tapi saya lagi suka tengok pemandangan luar. Boleh tengok stesen-stesen keretapi lama sepanjang perjalanan ke JB.

Tren ni pun ada kantin kalau rasa lapar ke apa. Tapi saya tak pergi pun. Malas nak berjalan. Lagipun memang dah bawak jajan buat alas perut dan mengunyah kalau bosan. Anak-anak pun leka. Yang adik main playdoh, yang abang pulak tengok movie kat tab. Takdelah bosan sangat kan.

Tepat pada masa jam 12.00pm dah tiba di JBSentral. Papa dorang dah tunggu tapi kita ambik masa jugak nak ke tempat menunggu tu. Lebih kurang macam KLSentral jugak.

Memang boleh berjimat naik tren ke JB tapi kalau kena pada masa dan ketikanya. Kalau kita rushing atau ada urusan nak cepat terpaksala jugak naik bas kan. Selain 4.30am ni, ada lagi waktu lain tren ke JB. So, yang nak tau lebih lanjut boleh ke wesbite easybook.com atau KTMB je.


No comments: