Friday, 12 February 2016

KSL City Resort - Negatif or Positif

Sebulan sebelum datang dah siap booking, bayar segala. Senang, takyah fikir lagi. Just tunggu hari kejadian je. Saya booking kat web Booking.com. Senang guna web ni. Ada sesetengahnya tak perlu bayar dulu pun tapi untuk KSL Resort City memang perlu bayar dulu. Mungkin sebab hotel mahal kot.

Lepas booking hotel langsung tak tengok, baca or search pasal hotel ni. Yang booking pun husband. Konon surprise untuk anak bini. Kita ikutkan je. Yang penting anak-anak happy. Tiba hari kejadian, memang tepat jam 3 saya dah sampai hotel. Salah sendiri gi masuk parking salah. Bila dah salah memang ko akan sesat jelah. Sampai lobi hotel terus beratur. Dia punya panjang beratur tu macam nak tunggu duit BR1M...eh hahahaha

Dekat 10 minit gak beratur. Tiba-tiba adik pekerja hotel datang tanya nak tengok resit hotel. Dah tunjuk. Dia kata salah. Ni KSL Hotel. Miss punya KSL Resort. Ooo tak sama ke...hahahah...Dia baik hati tunjuk jalan KSL Resort. Jalan la dalam mall. FYI, KSL ni macam dalam mall. Bawah ada tesco, ada macam-macam tempat shopping bagai tapi tak usahlah pegi time CNY sebab semua tutup. CLOSE! So, walau bagaimanapun tetap kena keluar cari makan dan sebagainya...

Ok, berbalik pada cite nak check in tadi. Lepas dah adik staf hotel tu tunjuk ke jalan yang benar, terusla saya gi kat kaunter. Mak oiii sama jugak panjang berjela macam tunggu duit BR1M. ngeeeee tapi yang ni kaunter lebih kecil, sempit, panas dan sewaktu dengannya. Staf kaunter ada 5 orang tapi setiap orang kalau dah melayan 10-15 minit seorang tak ke haru. Dapat pulak customer jenis banyak tanya kan, rasa nak je gi join borak sekali hahahaha...

Ok, lepas dah beratur dalam 40 minit tiba giliran saya. Sebab dah bayar, urusan tu macam cepat je. Dia just bagi kunci dan boleh terus naik.

Eh jangan nak perasan terus boleh naik. Jom beratur panjang-panjang lagi depan lif. Dengan sorang-sorang bawak beg besar gajah tu, ko ingat lif boleh muat berapa orang setiap kali jalan hahahah...jom bayang bersama-sama. Lif ada 4 tapi 2 asing untuk tingkat sekian-sekian sahaja, 2 lagi untuk tingkat sekian sahaja. Mari  menunggu bersama-sama...Sampai lif pun rosak, letih bekerja gamaknya...sabar...




Akhirnya dalam 40 minit kemudian dapatla jenguk bilik yang dah ditempah. Ok, not bad. Luas, dapur semua barang ada, peti besar, rice cooker ada, toilet ok, ada bath tub. Toiletries pun cukup. Yang ni boleh bagi 4/5 bintang. Lagi 1 malas nak bagi sebab takde hiasan sangat lam bilik ni hehehe...Tapi bab servis daripada check in sampai naik lif tu takde bintang ye. Memang ke laut sungguh




Dah siap-siap letak beg segala terus suh anak-anak tukar baju. Nak ajak gi melawat Dinasour Water Park pulak. Masa kita check in tu dia akan bagi 2 kad. 1 kad untuk kunci bilik, parking dan 1 kad lagi untuk towel kat water park. So, tak perlu susah payah angkut towel hotel bawak ke water park.

Tunggu lif lagi nak ke waterpark. Maklumlah tengah cuti CNY kan. Maka rakyat jelata mestila ramai. Tunggu lagi lif...sabar. Dah dapat lif, turun ke tingkat 6 seperti yang diarahkan kalau nak ke water park. Dah sampai tingkat 6 keluarla menapak dalam kawasan parking untuk ke lokasi. Jalan agak jauh ye. Bagi yang memang malas, letih rasanya lupakan aje niat nak check in hotel ni. Kat sini kita sentiasa kena bergerak. Dah sampai pun waterpark. Gi ambik towel dulu, baru masuk. Cantik. Yang ni boleh bagi 5/5 bintang. Rasa berbaloi keluarkan duit semata-mata sebab waterpark ni sebagai penarik utama. Kawasan luas. Best...walaupun orang ramai tapi tak nampak crowded sangat sebab luas. Dekat 2 jam jugak anak-anak mandi. Takpe, mama layankan je. Henfon pun mama tak bawak sebab nak spend time dengan dorang. Tercapai misi mama hahahah...

Ihsan google ye. Saya takde pic macam ni
Dah puas main, lagipun kesejukan yang amat. Kebetulan angin memang kuat sampai kerusi kayu pun melayang-layang. Jomla kita balik bilik. Masa nak balik ni lupa dah pasal pintu yang keluar kat tingkat 6 tu. Nampak lif je terus pergi. Dah tak jumpa pulak lif untuk sekian tingkat. Arghhh...Sesat rupanya...Keluar balik, cari lif sepatutnya...tak jumpa...stress jap. Macam mana nak balik bilik ni...Dah ler takde orang nak tanya...Gi lobi dulu lah senang. Jangan lupa ye masih kena tunggu lif hahahah...sabar

Dah dapat lif, pegi lobi. Jumpa kaunter tadi. Tanya dorang, rupanya saya tersalah bangunan. Tadi untuk A sahaja sedangkan saya B. Huhuhu...patutla sesat...baru teringat pintu kecik yang saya keluar dari lif masa di tingkat 6...ok fineeeee...tunggu lagi lif nak ke bilik...Masa tu orang lagi ramai dari masa yang saya check in tadi...1 lif dah out of servis...tinggal la 1 lif aje nak ke tingkat saya tu...memang mengharukan...


Dah solat segala, jom kita ke Tesco cari makan. Kat bilik ni kita boleh memasak ye. Segala keperluan ada. Ko tinggal beli bahan je. Tapi saya malas nak masak-masak. Beli jajan  ngan air je. Masa tu dah nak dekat kul 7. Banyak kedai dah mula tutup sebab nak makan besar kan petang tu. Esoknya memang dorang tutup terus. Gelap gelita. Salah masa betul lah. Kena jugak keluar ke tempat lain.

Okey tu jelah nak cerita pasal KSL City ni. Terpulang pada uols la kan. Mana tau time korang pegi elok je pulak servisnya. Agaknya CNY ni memang ramai giler orang sampai tak terhandle dorang kan. Saja nak share jugak komen-komen orang lain dari FB KSL City ni. Uols pun boleh tengok kat fb...




2 comments: