Monday, 7 March 2016

Taman Rimba Bukit Lagong - Pelepas Rindu Lama Tak Bercamping

Lama nya rasa tak pergi camping, mandi sungai dan seumpamanya aktiviti bersama alam semulajadi. Sejak papa dorang dah start bekerja kat luar, susah sikit nak plan sesuatu. Semua nak kena tengok cuti. Tak apalah, papa takde, mama boleh uruskan apa yang patut. Tapi nak pergi camping bertiga tu belum ada keberanian lagi la...

Sebab dah lama tak bercamping, rindu sangat rasa nak masuk hutan. Maka semalam terjadilah sesuatu yang tak dirancang. Lepas zohor tu kakak ajak pegi  mandi-manda. Katanya ke Bukit Lagong. First time pulak kita dengar nama tempat ni. Dia tengok kawannya dalam FB pergi. Tu yang bagusnya FB ni. Kita tengok orang share tempat jalan-jalan, tempat makan, kedai murah/mahal. Bukan asik nak jadikan tempat luahan perasaan.gosip aje kannnn...

Merentas Jambatan Gantung
So, dengan lajunya terus suh anak-anak packing baju. Terus gerak ke rumah Tokma. Ambik dorang semua, terus pegi. Tempat ni sangat dekat dengan IPD Gombak. IPD Gombak ni dekat Selayang ye, bukan dekat Gombak. Takut ada yang confuse pegi cari kat sana. Lepas IPD Gombak sikit je, ada simpang Taman Rimba Bukit Lagong. Terus masuk. Sekejap je dah nampak sungai. Kalau naik atas lagi, banyak lagi tempat mandi-mandi yang lagi best. Tapi saya mandi kat bawah aje sebab ada lima orang budak kecik join sekali. Untuk keselamatan baik dok bawah aje. Lagipun tak yah sibuk nak pantau dorang sangat kan. Just tengok dari tepi sungai aje.

Pondok untuk disewa. Berdepan dengan sungai
Kat sini ada jugak pondok-pondok untuk disewa. Harganya saya tak pasti sebab kalau nak sewa kena call owner. Yang nak BBQ pun boleh. Ada tempat bakar-bakar disediakan.

Yang pasti anak-anak seronok sangat dapat mandi sungai. Keseronokan yang tak ternilai...

1 comment:

  1. kak! klu bwak moto bole parking sampai kat pondok yg disewa tu x??

    ReplyDelete