Friday, 19 August 2016

Congo Bar Mudah dan Sedap



Lama sangat dah nak try buat Congo Bar ni. First time makan masa kenduri kawin kawan ofis. Berketul-ketul saya makan. Sejak tu memang simpan keinginan untuk buat sendiri. Nampak pulak resepi ni keluar di FB. Tengok macam senang je. Terusla try. Memang senang pun. Alhamdulillah  menjadi. Bahan pun tak banyak guna. Anak-anak pun suka. Terima kasih Azlina Ina yang share resepi.

Congo Bar


3/4 ketul butter 
1 3/4 cawan Gula perang 
3 bijik telur
Tepung 3 cawan setengah ayak dgn baking powder 1sk
Kacang badam slice
Esen vanila  1sk
Coklat chips dalam secawan nak lebih pun boleh.

Cara:

Pukul butter, esen vanila dan gula. Pakai hand whisk aje kalau larat. Tapi saya pakai mixer sebab tak larat hehehe. Jangan pukul lama sangat. Just untuk sebatikan bahan.
Masukkan telur sebijik-sebijik. Mixer lagi.
Masukkan tepung, kaup balik aje. Masukkan coklat chip.
Lapik loyang saiz 7x7 dengan baking paper dan letak adunan. Ratakan.
Tabur badam dan coklat chip lagi dan bakar suhu 160 api atas bawah selama lebih kurang 40-60 minit. Saya guna api bawah je sebab oven gas. Siap

Sebelum di bakar




No comments: