Friday, 19 August 2016

Ke Langkawi Naik Bas

Gambar ihsan Google
Minggu lepas ada kerja luar. Malas nak drive, kita naik bas aje. Naik bas dari TBS harga RM50 termasuk insurans jam 11.00 malam. Sampai Stesen Bas Kuala Perlis dalam jam 5.30 pagi sebab dia ada singgah Stesen Bas Jalan Duta dan RNR. Tapi maafla ye tak perasan RNR mana sebab ketiduran hehehehe...

Sampai sana saya jalan kaki je ke Jeti Kuala Perlis. Tak sampai 10 minit pun jalan kaki. Kalau naik teksi dah kena RM10. So rajinkan diri sikit untuk jalan kaki ye. Ramai pun yang jalan kaki. Berdekatan jeti ni ada masjid terapung. Kebetulan sampai jeti dah azan Subuh. Saya singgah solat dulu. Selesai dalam jam 6.30. Jalan kaki balik ke jeti. Sarapan dulu kat kedai berhadapan jeti. Sebelum tu jangan lupa beli tiket feri. Feri pertama jam 7.00 pagi ye. Jam 6.00 pagi tu memang dah start jual. Kalau beli online lagi bagus. Tak yah beratur. Harga tiket feri RM18.00 sehala. Yang nak balik nanti kena beli dari Langkawi atau online. Sebab tak sure jam berapa nak balik, saya memang tak beli awal pun. Sebab dia ikut time macam kita naik bas.

Kaunter beli tiket feri

Waktu pelepasan feri dari Jeti Kuala Perlis

6.45 macam tu dorang dah bukak pintu bagi kita masuk dalam feri. 7.15 jugak baru gerak. Maklumla hari cuti, ramai nak ke Langkawi. Memang penuh feri waktu saya pergi ni. Jam 8.15 macam tu baru sampai Langkawi. Penuh dah orang kereta sewa dah tunggu kita. So, senang jelah kalau nak sewa kereta. Harga pun lebih kurang sama je tapi better korang tengok dulu kondisi kereta. Takut dah buruk sangat nanti risiko rosak pulak kan. Memang dorang boleh tukar tapi kan menyusahkan kita.

Nak jalan-jalan dalam Langkawi takdela susah mana pun. Waze atau Google Map kan ada. Lagipun biasa nak gi jalan ni kita dah survey semua tempat kan. Pandai-pandaila korang hehehe. Saya just cerita bab naik bas aje. Cuma yang saya boleh share petang-petang boleh makan laksa, cendol dan cucuk-cucuk fishball bagai tu kat area airport. Banyak foodtruck jual. Kita boleh makan kat tepi pantai. Dorang memang sediakan meja dan kerusi. Lepas tu malam boleh jalan ke Pantai Chenang. Banyak dereten kedai jual macam-macam. Nak makan pun senang, banyak pilihan.

Okey, now time nak balik pulak. Sampai jeti je saya beli tiket. Masa tu jam 1.30. Tiket ada jam 2.00 petang. Terusla beli, minum-minum jap terus masuk pintu pelepasan. Time nak balik ni lambat sikit gerak sebab acik-acik penuh barang nak angkut. Memasing shopping sakan. Sampai Jeti Kuala Perlis pun dah 3 lebih. Mulanya nak naik ETS jam 4.15 kat Stesen Arau tapi memang tak sempatla nak kejar sebab masa sampai jeti dah hampir jam 4.00. Saya jalan kaki terus ke Stesen Bas Kuala Perlis. Kebetulan memang ada bas nak gerak. Terus beli tiket dan naik. Tapi waktu balik ni bas ni banyak pulak menyinggah ambik orang. Dahla jalan siang ni tak berapa lena nak tidur. Perjalanan pulak rasa lama sangat. Jam 11 lebih baru saya sampai di Stesen Jalan Duta. Kali ni saya turun sini sebab dekat dengan ofis. Kereta memang tinggal kat ofis je. Ambik teksi dan terus sampai ofis. Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Naik bas senang kalau kita tak bawak anak-anak kot. Lagipun jimatla belanja sebab sorang. Kalau ramai better naik kereta aje sampai jeti. Zaman bajet ni kena berbelanja secara berhemah.

Hasil dari Langkawi. Ini wajib dah kot

1 comment:

AA said...

wahh pergi sorang sorang ke? lone ranger betul ni. haha. saya pun bercadang ke langkawi juga minggu depan. tp dengan kawan ramai ramai. thanks bagi info pasal feri n kereta sewa :)