Tuesday 19 April 2011

Spagetti Carbonara

Selalu sangat dok buat spageti bolognese. Kali ni kita try buat lain pulak. Kebetulan tengah musim kawan blogger masakan dok buat spageti carbonara ni. So, aku pun tryla buat jugak. Tengok macam senang je. Bahan pun sikit je. Bila dah siap terus rasa semangkuk. Sedap. Pastu aku simpan je untuk makan sama-sama ngan Mr. Jay. Tup-tup bila dia bangun terus je habiskan semua sekali. taulah memang suka makanan macam tu tpai janganlah sampai lupa isteri. Huhu. Tak boleh nak marah sebab puas tengok dia makan habis licin. Tapi lainkali kalau buat kena ada side dish macam ikan bakar ke baru lebih ngam.


Bahan-bahan ( 3 Orang ) resepi dari MyResepi oleh Ayu

1/2 paket spaghetti - dimasak spt arahan dipaket
1 tin sos carbonara prego.
3 biji bawang putih - dicincang kasar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5-7 ketul cendawan butang (nak lbh pun boleh) - dihiris sederhana nipis
10-15 ekor udang sederhana besar (nak lbh pun boleh) - aku tak letak sbb xde stok

1-2 batang celery - dihiris -tak letak juga
minyak utk menumis
lada sulah
garam (optional)
1/2 tin air (tin prego)


Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau. 2.Masukkan sos pasta & air.biarkan sehingga hampir mendidih.jgn lupa utk mengacau supaya tak b'ketul
3.Masukkan udang & batang celery.
4.Masukkan lada sulah & garam.Bila dah mendidih padamkan api.
5.Boleh dihiaskan dgn parsley flake.siap utk dinikmati!!!

Tuesday 12 April 2011

Nasi Ayam Simple


Jumaat lepas keluarga belah Mr.Jay datang bertandang. Saya beli ayam seekor dan ikan siakap. Ayam tu plan nak buat nasi ayam untuk makan tengah hari Sabtu dan siakap pulak dah selamat buat stim dan tomyam udang serta kangkung belacan. Alhamdulillah, tetamu makan dengan kenyangnya dan habis...sedap atau tidak belakang cerita..heheh
Sabtu pagi saya goreng temosa frozen yang dibeli dari kawan sekolah yang dah 6 tahun tak jumpa...Alhamdulillah, nampaknya jodoh masih panjang...FB menemukan kami...
Tengah cuci ayam untuk buat nasi ayam, dorang kena balik pulak sebab salah seorang makcik ni kena jumpa kawan bisnesnya...adehh..sib baik baru cuci ayam...teruslah My.Jay hantar dan saya pun ikut sekali...lastnya kami hanya makan pizza BBQ Chicken...

Ahad pepagi lagi saya dah bangun dan prepare untuk masak nasi ayam...terusla menggodek di dapur sampailah jam lebih kurang 1 petang...siap semuanya dan terusla menjamu selera...Alhamdulillah, kenyang...resepi dapat di MyResepi...saya suka guna resepi ni sebab sangat mudah dan cepat dan rasanya pun sedap...terima kasih pada penyumbang resepi..

Nasi Ayam Simple (2 orang makan)

Bahan Sup:
1/2 ekor ayam
sup bunjut
1 kiub ayam
3 ulas bawang putih}
1 inci halia}tumbuk

Cara:
Tumis bahan tumbuk hingga wangi, tambah air, kuib, sup bunjut, ayam. Masak hingga ayam masak. Keluarkan ayam, perasakan sup dengan garam. (Sebelum tu ambik untuk masak nasi)
Ayam diperap dengan kicap, sos tiram, madu dalam 30 minit. Goreng.

Bahan Nasi:
Cuci beras 2 pot, ambik sup secukupnya dan masukkan ke dalam beras dan masak seperti biasa.

Bahan Cili:
3 biji cili merah
Gula dan garam
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit jus limau atau cuka
air masak secukupnya

Cara:
Blend semua bahan.

Bahan Kicap:
Ambil kicap dari lebihan perapan ayam, tambahkan sedikit sup ayam.

Siap dan hidangkan.

Wednesday 6 April 2011

Butter Cake Bebop


Dapat dari forum cari.com.my...ramai pulak yang dok puji-puji kesedapan kek ini...lagila buat saya teruja nak cuba..balik semalam lepas hantar Azroy mengaji mata ni rasa tak mengantuk pulak...tengok bahan-bahan pun semua ada, kita mulakan projek membaking...hahah memang sekejap je dah siap dalam 10 minit gitu...terus bakar...sejam lepas tu dah siap...taraaa....ekspress sungguh...pagi tadi baru kuarkan dari loyang...sedap juga rasanya...tapi lainkali kalau buat boleh tambah color or perasa...Terima kasih pada bebop sebab sudi share resepi yang sedap dan mudah ini...

PLAIN BUTTER CAKE
Sumber : Bebop

Bahan A

250 gram butter
200 gram gula (gula castor)
210 gram tepung gandum (kata maklang dia guna self raising flour)
1 sudu teh baking powder

Bahan B

5 biji telur ( kita buat tak kesah grednya)

Cara-caranya

Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar seehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan dalam acuan 9" (kita pakai 8"), bakar 160'C selama 50 hingga 60 minit atau uji dengan lidi dengan mencucuk di bahagian tengah kek.

Saturday 2 April 2011

Puding Marble Blackmore

Dah lama simpan resepi ni sejak mula-mula minat memasak...tapi lom pernah cuba...pastu time cuti takde apa nak buat belek-belekla resepi mana yang patut untuk dicuba...tengok blog ramai yang cadangkan buat puding ni...saya pun tryla...hmm..memang sedap rasanya...lemak-lemak manis...bolehla buat untuk dihidangkan pada tetamu nanti...buat pun senang yang amat...

Rainbow Marble Pudding [blackmore][sumber Blackmore dari forum cari.com.my ]
Bahan2nya


2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
(---tapi saya guna 1 agar2 strip yg pjg2 tu)
1350 ml air
450 gm gula pasir (saya buat 2 setengah cawan)
130 gm mentega (saya cairkan dulu)
8 biji telur bersaiz sederhana -(saya guna 6 biji jer)
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (nak warna lain pun bleh)

Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan......