Friday, 21 February 2014

Super Moist Choc Cupcake


Sekarang musim rajin agaknya. Balik keje je mesti nak buat something. Lama dah tak beraktiviti macam ni. Dulu masa berjinak-jinak dengan masakan macam-macam dok buat. Lepas tu suam-suam kuku dah sejak mengandungkan Iris. Now dah bersemangat balik. Harap berpanjanganlah semangat rajin ni. Sebab anak-anak memang suka sangat mamanya membaking. Kalau masak lauk tak pernah pulak nak menjenguk. Kalau nampak mama keluarkan tepung je memasing bertenggek kat dapur. Semua rajin nak jadi pembantu mama. Sekarang memang dah ajar Azroy tolong kat dapur. Selalu suruh dia bacakan resepi ataupun sukat bahan-bahan. Nanti suruh dia mixerkan bahan, masukkan bahan. Mama pantau. Manalah tahu ada minat dia ke arah tu bolehlah buat kat rumah dia sendiri nanti. Sekarang tak kira lelaki perempuan semua kena tahu buat kerja rumah. Barulah boleh saling bantu membantu. Macam papa dia memang rajin menolong. Tu yang tengah terapkan jugak sifat tanggungjawab dorang berdua dalam uruskan rumah. 

Masa buat cupcake ni Azroy belum balik sekolah. Jadi little chef iris aje yang bantu. Iris banyak bantu tengok jelah dengan ambik bahan. Lepas tu banyak soalan nak kena jawab. Okeylah tu mama tak bosan sangat kat dapur. Seronok main masak-masak dengan anak. 


Muffin tray tu sebenarnya baru beli tapi bukan kat kedai. Beli kat Car Boot Sale Kota Damansara. Berbaloi beli ni. Masih elok. Kalau baru memang mahal. Saya beli ni cuma RM10 aje. Kakak tu letak harga RM15.00 tapi saya minta kurang. Kakak tu memang banyak jual barang membaking. Tapi pergi lagi sekali minggu lepas banyak dah habis barang dia. Barang membaking memang takde langsung dah. 
Masakkan bahan sampai gula hancur
Resepi cupcake ni saya dapat dekat FB tapi resepi asal daripada sis Hasue. Selalu jugak saya jenguk blog sis Hasue. Ada beberapa resepi sis Hasue saya dah cuba. Memang tak mengecewakan. Cupcake ni pun sedap. Senang nak buat cuma lama sikit sebab nak tunggu bahan yang dimasak tu sejuk dulu baru boleh mixed dengan bahan lain. Iris makan lima biji malam tadi. Azroy makan empat bijik. Iris siap cakap mama hebat, thanks mama. Ohh, berbunga riang hati mama. Bertambah semangat mama nak membaking. Hehehe

SUPER MOIST CHOC CUPCAKE (36 biji)
resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot

100g serbuk koko* (saya tapiskan)
180g gula pasir*
1 tin susu sejat*
200g minyak sayuran*
250g susu pekat*
4 biji telur-pukul hingga berbuih
150g tepung gandum (saya guna self raising flour)
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
papercup secukupnya

Cara-cara :
-campurkan bahan bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.tak payah sampai menggelegak.ketepikan dan biar sejuk.
-satukan dengan telur yg dipukul tadi dengan hand whisk.setelah sebati, tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yg halus dan benar-benar sebati.
-masukkan adunan separas 2/3 paper cup.adunan agak cair.
-bakar suhu 170c selama 20minit atau bergantung jenis oven dan saiz papercup.

selamat mencuba.

No comments: