Monday, 20 February 2017

Nasi Ayam



Lama sangat dah tak buat nasi ayam. Resepi pun entah ke mana. Ingatan lagi la hilang terus. memang fail kalau masak benda yang tak tau pastu main memandai-mandai. Memang tak akan jadi. So, kita cari-cari kat FB. Jumpala resepi Nasi Ayam Simple by Rozlyn Farah Diana. Alhamdulillah walaupun simple tapi sedap. masak 3 pot nasi habis 4 beranak makan. Sup pun sedap. Semua sedaplah. Terima kasih pada tuan resepi.

Resepi Nasi Ayam

Didihkan air dalam periuk. Lepas tu masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Rebus ayam sehingga bertukar warna jadi putih. Keluarkan ayam dari periuk.

Bahan untuk nasi ayam

2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam
Sedikit butter

Panaskan minyak. Cairkan butter. Tumis bahan bertanda *. Masukkan bahan tumis ini ke dalam periuk nasi. Letak daun pandan, kuib ayam, air rebusan ayam secukupnya dan sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning nasi. Gaulkan dan on rice cooker macam biasa.

Bahan untuk sambal

1 cili besar
7 biji cili padi
1 biji tomato
3 senduk air rebusan ayam

Blend semua hingga sebati. Campurkan gula, garam, cuka, perasa. Siap.


Bahan untuk perap ayam

Kicap manis
Sos tiram
Madu

Gaul semua bahan bersama ayam dalam 30 minit-1 jam. Goreng ayam dalam 5 minit. Tak perlu lama nanti jadi hitam. Ayam dah masak sebab rebus tadi.

Kicap perapan jangan buang. Boleh guna sebagai kicap nasi ayam.

Bahan sup

Air rebusan ayam tadi
4 rempah sekawan/ sup bunjut
1 kuib ayam
Garam dan perasa
Carrot - tambahan

Campur semua. Dah siap, taburkan daun sup dan bawang goreng.

Siap dah nasi ayam simple.

No comments: