Monday, 11 July 2016

Agar-agar Pandan


Family dari Johor nak datang beraya. Lepas masak nasi bagai, teringat pulak takde desert. Tengok dalam kabinet ada santan kotak ngan agar-agar tali. Maka terjadilah agar-agar ni. Resepi saya dapat di FB. Sedap. Buat pun senang. Saya kan memang akan buat resepi yang senang aje heheheh

Agar-agar Pandan

25g agar-agar tali
1 1/2 cawan gula - saya kurangkan sikit gula.
6 helai daun pandan
5 cawan air - saya kurangkan jadi 4 1/2 cawan
1 kotak kecil santan + air dan jadikan 2 cawan
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau

Panaskan 3 1/2 cawan air hingga mendidih. Masukkan agar-agar dan gula. Kacau sampai hancur.
Blenderkan daun pandan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Masuk dalam periuk.
Satukan telur, santan. Pukul dengan garpu. Masukkan dalam periuk.
Letak beberapa titik pewarna dan garam.
Kacau hingga mendidih. Masukkan dalam loyang. Dah suam, masukkan dalam peti untuk cepat keras. Siap.

German Cookies




Sedap dan sangat senang dibuat. Tahun ni semangat nak buat cookies sendiri. Memang berbaloi.

Jimat dan puashati. Thanks yang share resepi.


German Cookies

250g butter
80g gula icing

*Kacau guna senduk kayu hingga sebati

Bila dah sebati masukkan 

250g tepung kentang
160g tepung gandum
*ayak terlebih dahulu

Gaul sampai jadi doh. Doh memang lembik sikit. Masukkan sekejap dalam peti ais dalam 20 minit untuk mudah nak bentukkan.

Panaskan oven 160c. Bakar dalam 20 minit. Siap.

Wednesday, 11 May 2016

Brownies Guna Pemanggang Ajaib


Kali ni try buat brownies kedut guna pemanggang ajaib. Pemanggang ni beli kat kawan ofis brand Vintage. Jarang-jarang pun guna tapi bila perlu tu senangla sebab dah ada. Senang jugak guna pemanggang ni. Just tuang dan bakar. Nak basuh pun senang sebab dia tak melekat langsung. Cara dan resepi ni saya dapat di FB Azlina Ina. Banyak sangat tips dan resepi yang dia kongsikan. Memang terbaik.



Punyala nak ambik gambar brownies dalam pemanggang. Anak tengah buat homework pun kacau hahahah...


Resepi Brownies Kedut

3/4 cawan butter
400g blok coklat masakan  
ok panaskan double boil dua bahn ni bg cair bia suam kalau sejuk coklat jd keras ssh nk kacau nnt


4 bijik telur gred A /5 biji telur gred b 
1 cawan gula castor 
sedikit esen vanila kacau rata
dah tu boleh masukkn bhn yg suam td kacau jugak bg rata je


Ayak kan 3/4 cawan tepung kek/tepung gandum+1sk baking
powder+1/4 cwn serbuk koko
Masuk sket2 dalam bhn yg di kacau td dan kacau rata
Tuang adunan dalam pemanggang ajaib. 
Bakar lebih kurang 35-40 minit. Siap.



Tuesday, 10 May 2016

Biskut Semperit Susu












Serius sedap. Tak sampai 24 jam dah licin botol. This weekend nampaknya kena buat lagi. Buatnya memang senang, bahan pun sikit tapi masalah nak terap dan bakar. Yang ni memang nak kena ambil masa sikit. Memang boleh jadi biskut favorite time raya la ni. Thanks pada yang share resepi (FB :
Azlina Ina)



Resepi

250 g butter (saya guna butterlite sebab murah heheh) suhu bilik
1 cawan susu pekat (saya guna 3/4)
400 g tepung jagung
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu esen vanila

Mix sekejap je butter dan susu. Masukkan esen, tepung, gaul sebati. Letak pewarna kalau nak. 
Boleh diterap.
Bakar pada suhu 160c lebih kurang 20 minit. Siap



Monday, 7 March 2016

Taman Rimba Bukit Lagong - Pelepas Rindu Lama Tak Bercamping

Lama nya rasa tak pergi camping, mandi sungai dan seumpamanya aktiviti bersama alam semulajadi. Sejak papa dorang dah start bekerja kat luar, susah sikit nak plan sesuatu. Semua nak kena tengok cuti. Tak apalah, papa takde, mama boleh uruskan apa yang patut. Tapi nak pergi camping bertiga tu belum ada keberanian lagi la...

Sebab dah lama tak bercamping, rindu sangat rasa nak masuk hutan. Maka semalam terjadilah sesuatu yang tak dirancang. Lepas zohor tu kakak ajak pegi  mandi-manda. Katanya ke Bukit Lagong. First time pulak kita dengar nama tempat ni. Dia tengok kawannya dalam FB pergi. Tu yang bagusnya FB ni. Kita tengok orang share tempat jalan-jalan, tempat makan, kedai murah/mahal. Bukan asik nak jadikan tempat luahan perasaan.gosip aje kannnn...

Merentas Jambatan Gantung
So, dengan lajunya terus suh anak-anak packing baju. Terus gerak ke rumah Tokma. Ambik dorang semua, terus pegi. Tempat ni sangat dekat dengan IPD Gombak. IPD Gombak ni dekat Selayang ye, bukan dekat Gombak. Takut ada yang confuse pegi cari kat sana. Lepas IPD Gombak sikit je, ada simpang Taman Rimba Bukit Lagong. Terus masuk. Sekejap je dah nampak sungai. Kalau naik atas lagi, banyak lagi tempat mandi-mandi yang lagi best. Tapi saya mandi kat bawah aje sebab ada lima orang budak kecik join sekali. Untuk keselamatan baik dok bawah aje. Lagipun tak yah sibuk nak pantau dorang sangat kan. Just tengok dari tepi sungai aje.

Pondok untuk disewa. Berdepan dengan sungai
Kat sini ada jugak pondok-pondok untuk disewa. Harganya saya tak pasti sebab kalau nak sewa kena call owner. Yang nak BBQ pun boleh. Ada tempat bakar-bakar disediakan.

Yang pasti anak-anak seronok sangat dapat mandi sungai. Keseronokan yang tak ternilai...