Semalam balik keje rasa nak makan kuih bergoreng. Teringat pulak resepi cucur bilis kembung dari MyR. Try lah buat semalam. Memang sedap dan memang kembung...Hehe...Next time kena banyakkan ikan bilis. Semalam tak berapa nak rasa ikan bilis sebab dan blend. Gambar tak snap sebab tak cantik. Tak pandai bulat-bulatkan...Ni resepi saya copy paste dari MyR...Tq...
Cucur Bilis Kembung
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
300g tpg gandum
1 biji telur
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 cawan ikan bilis
1 labu bwg besar
2 pokok daun bawang
1 1/2 cawan air
taugeh jika suka
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili
Wednesday, 29 April 2009
Tuesday, 21 April 2009
Ayam Masak Merah
Ahad lepas beli ayam sebelah untuk masak sup ayam special (Next time buat saya bagi resepi). Tapi tetiba Ma masak pulak sebelum dia pergi kerja. Tak jadilah saya masak. Makan apa yang Ma masak aje...hehe...Malamnya buat ayam goreng rempah tiga ketul. Seketul soranglah makan...Jangan membazir..Semalam kat ofis belek-belek resepi baru. Teringat pulak kat ayam dalam esbok. Nampak pulak ayam masak merah dari Choppy kat MyR. Balik je rumah semalam terus keluarkan ayam dan buat ayam masak merah. Sebelum ni pernah buat sekali guna resepi yang sama untuk pot luck kat ofis. Saya buat 2 ekor ayam. Semua kata sedap. Jadinya semalam buat lagi guna resepi yang sama untuk rumah pulak. Hari tu Jay tak merasa...huhu...Semalam dapatla makan puas-puas. Sedap...Thanks choppy..
Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya (aku guna dalam tin)
Cara-cara
Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Saturday, 18 April 2009
Bundt Pan
Semalam beli non stick bundt pan kat Cael Deon. Dah lama teringin nak buat kek dalam loyang macam nih...Mesti cantik je...Baru semangat nak makan..hehe...Tapi tak tahulah betul ke tak non stick. Dulu ada beli loyang bentuk bear kat BWY. Dah dekat 3 kali guna kek tak boleh dikeluarkan. Akhirnya kena korek je untuk makan. Dah macam-macam cara buat. mula-mula sapu butter, melekat jugak. Pastu try lagi kali kedua guna minyak pulak melekat jugak. Kali ketiga sapu butter dan tabur tepung pun melekat jugak. Sekarang loyang bear tu dah melekat dalam kabinet je...
Thursday, 16 April 2009
Puding Labu
Dah 3 hari labu dok bertenggek atas almari. Mulanya nak buat Isnin lepas tapi kebetulan Ma buat pengat pisang pulak. Takut membazir. Jadi postpone keesokannya tapi lain pulak dirancang. Esok dah jadi tulat...hehe...Hari ni baru berkesempatan nak menggodek labu. Dapat resepi dari MyR oleh AlongRoz. Thanks Along. Tapi bendanya masih atas dapur. Rumah ni takde mikrowave. Jadi saya kukus aje. Dah satu jam setengah tapi puding dalamnya belum keras. Jadi ke tak ek?...Takut pulak tak jadi...Asal guna santan je mesti saya fail...Kalau 8.30 tak keras kena tutup gak api. Kang labu nya pulak yang terlebih masak....
Resepi ni memang menarik. saya kebetulan makan dekat belakang chowkit tempohari kat sebuah gerai orang Thailand. Teruja betul tengok puding yang dorang buat. Macam-macam ada termasuklah labu ni. First time tengok dan tak sangka terjumpa resepi ni.
Sepatutnya labu tu dilapik dengan loyang tapi saya betul-betul terlupa. Selekeh betul lah...hehe...
Dah siap pun...sedap bangat...Alhamdulillah menjadi...
Bahan-bahan ( 1 biji labu kecil )
1 biji labu kecil yg cukup masak (diameter lebih kurang 4-5 inchi) - kalau tak masak nanti rasa isinya tawar & tak lemak
Agak2 1/2 peket santan intant (cukup utk saiz lubang labu) saya guna 150ml santan Kara
2 biji telur
2 sudu mkn tepung gandum
4 sudu mkn gula - kalau nak lebih manis boleh tambah lebih
1/4 sudu teh garam
Cara-cara
Labu di cuci bersih & kemudian potong bahagian atas nya. Korek biji di bahagian dalam nya.
Santan, telur, tepung, gula & garam di pukul sehingga sebati. Tuangkan ke dlm labu tadi. Letakkan tutup nya (tangkai labu mesti dibuang)

Masak dlm microwave suhu "High" selama 5-7 minit i.e. lepas 5 minit check & tambah every 1 minit. Kalau puding nya masih belum set/keras, buka tutup nya & masak lagi 2-3 minit.
Wednesday, 15 April 2009
Sponge Kek
Ini plain sponge cake yang dibuat 1 April lepas. Nak upload tapi gambar tak diedit lagi. Baru hari ni edit semua gambar yang terkumpul. First time guna sponge mix ni. Beli di LMC Bukit Rahman Putra. Tak sangka sedap rupanya. Dahlah senang nak buat, murah dan sedap pulak tuh. Mula tuh buat separuh aje. Takut tak sedap nanti membazir tapi tak cukup pulak. Huhu...Yang paling banyak makan ialah Azroy. Sambil buat homework pun tangan sebelah pegang kek. Agaknya dia dah bosan mama asik buat kek coklat.
Oleh kerana tak penah buat ada juga berlaku kesilapan. ingatkan macam kek biasa. Aku pukul hingga sebati pastu terus bakar. Tapi sebenarnya kena pukul hingga kembang naik gebu sekali ganda. Kek menjadi tapi berat sikitlah. Yang perisa pandan dibuat seminggu lepas menjadi. Ringan je...Macam chiffon kek

Subscribe to:
Posts (Atom)