Dah 3 hari labu dok bertenggek atas almari. Mulanya nak buat Isnin lepas tapi kebetulan Ma buat pengat pisang pulak. Takut membazir. Jadi postpone keesokannya tapi lain pulak dirancang. Esok dah jadi tulat...hehe...Hari ni baru berkesempatan nak menggodek labu. Dapat resepi dari MyR oleh AlongRoz. Thanks Along. Tapi bendanya masih atas dapur. Rumah ni takde mikrowave. Jadi saya kukus aje. Dah satu jam setengah tapi puding dalamnya belum keras. Jadi ke tak ek?...Takut pulak tak jadi...Asal guna santan je mesti saya fail...Kalau 8.30 tak keras kena tutup gak api. Kang labu nya pulak yang terlebih masak....
Resepi ni memang menarik. saya kebetulan makan dekat belakang chowkit tempohari kat sebuah gerai orang Thailand. Teruja betul tengok puding yang dorang buat. Macam-macam ada termasuklah labu ni. First time tengok dan tak sangka terjumpa resepi ni.
Sepatutnya labu tu dilapik dengan loyang tapi saya betul-betul terlupa. Selekeh betul lah...hehe...
Dah siap pun...sedap bangat...Alhamdulillah menjadi...
Bahan-bahan ( 1 biji labu kecil )
1 biji labu kecil yg cukup masak (diameter lebih kurang 4-5 inchi) - kalau tak masak nanti rasa isinya tawar & tak lemak
Agak2 1/2 peket santan intant (cukup utk saiz lubang labu) saya guna 150ml santan Kara
2 biji telur
2 sudu mkn tepung gandum
4 sudu mkn gula - kalau nak lebih manis boleh tambah lebih
1/4 sudu teh garam
Cara-cara
Labu di cuci bersih & kemudian potong bahagian atas nya. Korek biji di bahagian dalam nya.
Santan, telur, tepung, gula & garam di pukul sehingga sebati. Tuangkan ke dlm labu tadi. Letakkan tutup nya (tangkai labu mesti dibuang)

Masak dlm microwave suhu "High" selama 5-7 minit i.e. lepas 5 minit check & tambah every 1 minit. Kalau puding nya masih belum set/keras, buka tutup nya & masak lagi 2-3 minit.
No comments:
Post a Comment