Tuesday 14 April 2009

Kek Pisang Bercoklat

Semalam balik keje try buat kek pisang bercoklat resepi nor_67 dari MyR. Thanks kak nor. Memang sedap kek ni. Moist je. Lagipun coklatnya tu yang menambah keenakan kek ni. Buat pun senang. Bahan pun mudah didapati. Tapi semalam masa buat ada jugak silap...hehe... Lagipun resepinya saya tulis tangan aje. Nak cepat. Tak sempat print. Bila dah masuk sume bahan last sekali masukkan tepung dan kaup balik. Tapi tengok kering semacam je kek saya ni. Nape ek...Dah siapkan loyang nak masukkan adunan tetiba teringatkan telur. Patutlah kering, rupanya telur tak masuk lagi dan memang saya tak tulis dalam resepi yang saya salin tuh. Padahal 5 biji telur diperlukan...Huhu....Saya pun pecahkan telur 5 biji dan masukkan dan mixer je semua sekali. Tawakal jelah. Tak kan nak buang. Nasib baik menjadi. Naik elok je, cantik. Rasa pun sedap. Next time kena berhati-hatilah salin resepi.

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )
250gm mentega/marjerin
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri/tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut/dicincang

Cara-cara
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
Ayak tepung.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati.
Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment