Friday, 23 May 2014

JJCM: Small Gathering @ Via Fika Kafe

Dekat sebulan dok plan nak belanja kawan-kawan ni. Susah betul nak mengumpul semua ahli. Biasalah memasing ada kerja sendiri. Walaupun satu ofis tapi susah gak nak mengumpul dorang ni. Hehe. Alhamdulillah hari ni dah cukup semua bolehlah kita gi makan-makan sambil chillex...

Saya pilih Via Fika Cafe sebab tengok dalam Fb dan insta macam comel je tempatnya. Sekali datang memang comel pun. Lot kedai ni dorang bahagi dua. Sebelah travel agent, sebelah lagi cafe. Tapi hiasan dalaman cantik sangat sesuai dengan kecomelan keluasan kafe ni. Kafe ni dekat dengan Uptown Kota Damansara. Seberang sini ada lot kedai dua tingkat baru The Core, Kota Damansara. Pusinglah kat dalam tu cari sampai jumpa. Senang je. Dia kat area belakang. Yang saya perasan tadi ada Restoran mamak Maju Ahmad pastu ke depan sikit lagi dah nampak. Boleh refer Fb dorang untuk lebih jelas.

Penang Fika Asam Laksa RM7.90 per set
Fika Style Chicken Rize RM8.90 per set
Chicken Chop RM14.90 per set



Tadi kami order nasi ayam, chicken chop, laksa penang. Ni semua set ye dia datang sekali dengan air. Air boleh pilih ikut suka. Harga sangat berpatutan. Saya makan laksa penang. Sedap jugak. Habislah saya makan tadi. Saya pilih air Hazelnut latte dan sorang lagi kawan pilih Capucinno. yang dua jenis air ni kita boleh tukar. Just tambah RM2.00 setiap cawan untuk upgrade. Yang lain ambik Ice lemon Tea je. Ada juga orang Juice dalam set ni yang kita boleh pilih. Sebelum makan ni saya ada ambik Kek Banana Choc RM8.90. Sedap juga. Kek dia rasa kenyal-kenyal. Pisang campur coklat memanglah ummphh. Hazelnut latte pun sedap sangat. Keseluruhan puashatilah makan kat sini. Next time bolehlah datang bawak family saya pulak minum-minum santai.

Thursday, 22 May 2014

Pretzel celup Coklat

Wahh akhirnya dapat jugak buat benda alah ni. Lama dah tersimpan dalam hati dan buah fikiran nak mencelup pretzel ni. Dulu dok fikir manalah nak beli pretzel ni. Ingatkan ada kat kedai pemborong makanan ringan tapi pergi cari tak jumpa pun. Rupanya ada je kat LMC Bukit Rahman Putra ni. Nampak sangatlah dah lama tak singgah LMC ni.


Beli biskut pretzel ni RM14.50, coklat Beryl's bar tu pulak RM4.90. Itu saja untuk mencelup pretzel. Beli yang dah siap mahal ye. Baik kita buat sendiri  boleh makan banyak-banyak.

Disebabkan saya ada alat comel warna kuning untuk mencairkan coklat tu jadi saya terus guna benda tu saja. Just potong coklat bar tu kecil-kecil terus masukkan dalam tu. Tunggu sampai cair. Memang senang. Saya beli benda tu kat groupon RM50++ gitulah. Kira ni first time guna. Dia ada dua fungsi. Satu untuk mencair, satu lagi untuk memanas. So, lepas kita mencair, kita set kepada memanas pulak lah sambil mencelup.

Coklat bar tu takyah campur apa-apa macam nak buat toping kek coklat ya. Just cairkan. Yang tak ada alat memanas ni double boil je. Pun boleh. Celup-celup sampai siap. ikut sukalah nak celup separuh atau semua. Pastikan letak atas baking paper dan tunggu sampai betul-betul kering baru simpan dalam bekas. Kalau tak kering dah angkat biskut tu coklatnya memang melekat je kat baking paper tu. Membazir ye. Kalau dah kering baru angkat coklat memang melekat pada biskut saja. Celup tu takyah nak tebal sangat. Sedang-sedang saja. Ni baru buat dalam 50 keping pretzel. Hari ni kalau rajin menyambung lagi.

Monday, 24 March 2014

Pancake


Permintaan anak-anak. Katanya mama dah lama tak buat pancake. Okeylah sebab senang mama tunaikan secepat mungkin. Kalau renyah mama postpone lama sikit ye. Hehe. Resepi lama dah ni. Sebelum ni pernah buat. Memang sedap. Cicah pulak dengan Hersyes Syrup Chocolate. Cuma kena beli pan khas saiz nak buat pancake la. Pan yang ada kat rumah ni jenis Tefal tapi melengkung sikit. Jadi bila kita tuang adunan pancake ni dia terus melebar ke tepi. Memang bulat cantik tapi jadi nipisla. Dah macam lempeng pulak. 
Kali ni buat saya tak letak minyak pun. Jadi cantik la masaknya. Dulu buat letak minyak. Patutla bertompok-tompok. Kali ni licin gebu je pancake saya. :)



Bahan:
170g tepung gandum
3 sudu besar gula halus
2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur
300 ml susu segar
3 sudu besar butter (dicairkan)
Cara:
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend sekejap sampai tepung tak berketul.
Panaskan non stick pan. Letak satu senduk untuk 1 pancake.
Biar sampai bubble pada permukaan pancake tu almost takde dan keliling pancake almost kering.
Terbalikkan pancake, biar lebih kurang 1 minit.
Sedap di makan panas-panas dengan coklat sos atau honey.

Friday, 28 February 2014

Daging Masak Kicap



Pertama kali buat masakan ni. Selalunya makan kat kedai je. Ingatkan susah, rupanya lagi senang pada ayam masak kicap. Sebenarnya tak pernah nak try sebab malas nak potong daging tapi sejak ada kedai daging kat area rumah ni jadi rajin pulak nak try masakan daging. Kedai ni best sebab dia pack daging batang pinang dalam pack kecil-kecil. Satu pack tu ada berat dalam 250g, 400g pun ada. Saya ambil yang sebesar tapak tangan tu je, cukuplah untuk sekeluarga. Banyak jugak bila dah potong kecil-kecil.

Sebab senang nak masak bolehlah masuk senarai menu masakan kat rumah saya lepas ni. Thanks pada yang share resepi.

Bahan-bahan ( ikut keperluan isi rumah)
Sumber: Blog Jintanmanis

400 gram daging batang pinang ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Caranya
1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.
( kalau nak rebus daging sampai empuk pun boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)


Tuesday, 25 February 2014

Super Moist Choc Cupcake



Semalam tercuti secara tak sengaja. Boleh pulak alarm ter off. Agaknya ada yang tertekan kot. Sedar dah azan Subuh. Malas dah nak bangun. Baju pun tak iron lagi. Dah cuti tu banyakla projek nak buat. Dari pagi dah busy macam-macam hal. Petangnya teringat pulak permintaan Azroy minta cupcake coklat. Nak bawak ke sekolah bagi kawan-kawan. Yang last week tu tak cukup katanya. Okeylah, no problem.

So, dah takde apa keje belah petangnya teruslah menggodek cupcake. Sebab bahan semua dah ada tu yang jadi lagi rajin. Selalunya yang jadi tertangguh sebab banyak bahan pelik atau yang nak kena gi bakery shop baru boleh buat. Yang ni senang, kedai runcit biasa pun ada.


Semalam buat guna cup Hello Kitty pilihan Iris. Saya beli di LMC 50 pcs RM4.50. Saiz M kot. Sebab last week buat guna cup putih tu dapat 36 biji. Kali ni dapat 29 biji je sebab 6 biji lagi guna cup Hello Kitty. Saya lagi suka buat dalam saiz cup kecil sebab nampak banyak dan tak muak.


SUPER MOIST CHOC CUPCAKE 
resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot

100g serbuk koko* (saya tapiskan)
180g gula pasir*
1 tin susu sejat*
200g minyak sayuran*
250g susu pekat*
4 biji telur-pukul hingga berbuih
150g tepung gandum (saya guna self raising flour)
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
papercup secukupnya

Cara-cara :
-campurkan bahan bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.tak payah sampai menggelegak.ketepikan dan biar sejuk.
-satukan dengan telur yg dipukul tadi dengan hand whisk.setelah sebati, tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yg halus dan benar-benar sebati.
-masukkan adunan separas 2/3 paper cup.adunan agak cair.
-bakar suhu 170c selama 20minit atau bergantung jenis oven dan saiz papercup.

selamat mencuba.