Wednesday, 13 October 2010

Siakap Sup Berlengkuas

Menu hari Sabtu selepas balik photo shoot raya di FRIM. Tak tau nak masak apa tapi tetap kena masak. Kalau nak beli je pun tak tau nak beli makanan apa. Lepas tu tak habis dah membazir pulak. Fikir punya fikir, belek resepi nampak resepi ikan ni dari kak dayangjack. Tengok bahan dan cara buat pun senang. Orang tak pandai masak memang cari yang senag-senang je...heheh...Hasilnya mmm...memang sedap. Simple tapi sedap. Serius. Siapa yang tak cuba lagi boleh cuba resepi sifu kita ni. Mesti rasa nak makan selalu...

Siakap Sup Berlengkuas

Bahan-bahan :
• 1 ekor siakap XL (dibersihkan)
• 3 cawan air
• 3 ulas bawang putih (diketuk)
• 5-6 biji cili api (diketuk)
• 2 biji tomato (dibelah 4)
• 2 batang serai (diketuk)
• 1 inci lengkuas (dihiris/diketuk))
• 1/2 inci halia (dihiris/diketuk)
• sedikit garam
• 2 sudu makan sos tiram
• 2 biji limau nipis (diambil jusnya)
• 1/2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
• sedikit hirisan daun sup
Cara-cara :
1. Didihkan air di dlm kuali besar. Masukkan serai, bawang, lengkuas dan halia. Biarkan ia mendidih seketika.
2. Masukkan sos tiram. Kacau perlahan. Kemudian barulah dimasukkan ikan, cili api, sedikit daun sup dan garam secukup rasa.
3. Setelah ikan hampir masak, masukkan jus limau dan bancuhan tepung jagung. Kacau rata2. Akhir sekali masukkan tomato.
4. Setelah masak, taburkan lebihan daun sup. Hidangkan panas2.

No comments:

Post a Comment